URUT DAN BEKAM DI SERDANG

Tempahan Rawatan Urut dan Bekam ke rumah.

Anda boleh dapatkan sebut harga dahulu .

Selepas anda setuju ,baru la saya akan ke rumah bagi membuat rawatan.

Perkihdmatan Urut dan bekam rumah ke rumah ini saya ambil berdasarkan

Jarak

Jenis rumah

Faktor kesihatan pelanggan

Kebas tangan ketika tidur

Assalamualikum

Sekiranya anda mempunyai masalah kebas tangan ketika sedang tidur, tangan anda berat, anggota badan tidak bermaya, badan anda perlukan terapi Urutan bagi melancarkan aliran darah.

Malasah yang berlaku boleh dikurangkan.

0189009493

URUT BADAN KE RUMAH

URUT WANITA

Seminggu sebelum Ramadhan, Masih lagi saya membuat rawatan Urutan ke rumah pelanggan.
Jadual saya ke rumah adalah di waktu pagi.

0189009493

Tarikh Sunnah Berbekam

Assalamualaikum Puan,Cik

Tarikh Sunnah berbekam kini sudah tiba.
Pada
27/2/2024
29/2/2024
2/03/2024

Tempahan rawatan awal untuk tarikh sunnah dibuka.

Nor Azura
018 900 9493

Bekam dan Urut ESOK MASIH KOSONG

Bekam dan urut

Apakah kesan pada bekam wajah?

Bekam wajah bantu untuk megeluarkan lebihan minyak yang ada pada kulit. Malah jika anda mempunyai masalah jerawat bekam wajah dgn kaedah saya blh memberikan jerawat semakin kecut dan surut.

Slot bekam masih kosong pada esok

Azura 0189009493

Bekam dan Urut Wanita hari Wilayah

Pada Tarikh ini Bekam Dan Urut Masih ada kekosongan temujanji pada pagi dan petang.

Untuk ke rumah sy akan ambil slot pagi sahaja.

Tarikh Sunnah Bekam Januari 2024

Assalamualikum

Tarikh sunnah bekam pada hari ini.

Bekam darah untuk wanita sahaja.

Tempahan boleh di buat di 0189009493

Penjagaan kesihatan kuku

Masalah kuku dan penyakit

Onychology adalah kajian mengenai kuku, dalam membuat rawatan urutan kepada pelanggan juru terapi boleh menasihati atau memberikan konsultasi mengenai jenis penyakit kuku.

Kesihatan kuku perlu dijaga bagi mengamalkan tabiat menjaga kebersihan kuku ,kaki dan tangan, keperluan penjagaan ini juga lebih perlu dititik beratkan bagi kebersihan muslim untuk beribadah.

Masalah kuku yang dinamakan Leukonika (Bintik Putih) adalah disebabkan oleh udara dalan plat kuku atau kecederaan , faktor penyebab ini boleh dipulihkan sendiri dan akan hilang apabila plat kuku tumbuh.

Onikoreksis (Kuku tersiat dan rapuh) ia banyak terjadi pada warga emas yang tidak dijaga ,di rapikan, malah kecederaan kuku juga salah satu faktor, cara pembersihan kuku yang tidak membuang kutikel juga adalah penyebab ia berlaku. Kaedah rawatan merawat kuku boleh meletakkan vitamin kuku, pelembut kuku dan melembapkan kawasan kulit kaki.

Eggshell nail (Plat kuku nipis dan berbentuk cembung) disebabkan oleh plat kuku berpisah daripada dasar kuku dan bengkak pada hujung kuku, malah mereka yang mempunyai masalah saraf juga boleh berlaku masalah ini, kaedah rawatan yang boleh dibuat adalah meletakkan minyak pada peringkat awal pertumbuhan kuku,sekiranya kuku tidak boleh dipotong kerana melekat pada kulit rawatan perubatan perlu dilaksanakan,nasihat kepada pelanggan untuk berjumpa dengan doktor perubatan.

Kesihatan pada kuku, plat kuku yang hitam dan keras perlu dibersihkan bagi wanita yang ingin mandi hadas,wudhu untuk beridadah kerana ia adalah satu kebersihan yang perlu dijaga untuk meratakan air keseluruhan anggota.

Selain  urutan anda juga memerlukan penjagaan diri manicure dan pedicure pada anggota kuku kaki dan tangan.

Saya telah hadir kursus dan menimba ilmu di Kolej Komuniti Selayang

Amalkan kesihatan yang lebih baik pada 2024

Setiap penyakit ada ubatnya,apabila ubat tepat mengenai penyakit,maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah S.W.T (HR.Muslim)

Assalamualaikum pembuka tirai Rawatan Bekam Bagi Wanita pada tahun 2024.

Perubahan untuk kehidupan lebih sihat

1)Berusaha menghindari penularan penyakit, dalam erti kata yang lain kita hendaklah mencegah daripada terkena penyakit ,Digalakkan keluar memakai pelitup muka bagi anda yang inginkan pencegahan berpanjangan untuk mengelak daripada perkara yang membahayakan kesihatan. Selain itu amalkan membasuh tangan sebelum melakukan apa-apa kerja sentuhan .

2)Mengawal pengambilan makanan yang memudaratkan kesihatan badan, boleh ubah cara pengambilan makanan , anda boleh cuba untuk makan suku-suku separuh, Mengamalkan puasa di hari sunnah, makan makanan yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan, amalkan minum air kosong untuk lebih bertenaga.

3)Amalkan senaman ringan seperti Brisk walk, anda boleh amalkan berjalan pada waktu pagi,dan petang.

4)Kesihatan dan kecergasan yang boleh diamalkan bagi membantu kehidupan lebih sihat, Melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, bercuti untuk ketenangan pikiran.

5)Amalkan pemeriksaan berkala kesihatan di fasiliti kesihatan, ambil tahu bacaan tekanan darah anda, ambil tahu bacaan paras glukosa darah, Setahun sekali cuba membuat ujian Full Blood Count.

6)Anda juga boleh mendapatkan rawatan terapi urutan atau bekam bagi melancarkan aliran darah, memberikan rangsangan kepada sistem saraf. Khidmat rawatan ini anda boleh berbincang dahulu dengan dokter perubatan tentang keperluan sebelum mencari perubatan alternatif.

Terapi Urutan

Terapi Urut sebelum Umrah

Terapi Urut

Azura 0189009493

Assalamualikum, pada semua wanita,cik,Puan yang akan menunaikan ibadah umrah sekiranya anda perlukan khidmat Terapi Urutan sebelum dan selepas umrah , saya boleh ke rumah anda pada waktu pagi.

Urut dan bekam wanita

Sebaiknya lakukan terapi Urutan bagi keselesaan badan supaya otot tidak kejang utk berjalan selama 14hari .

Bekam Wanita

Assalamualikum

Bekam wanita masih beroperasi di sekitar kuala lumpur dan selangor

Tempahan perlu di buat di 0189009493

Cup Bekam Baru

HARGA BAGI BEKAM CUP BARU

Assalamualikum

Rawatan bekam di Home Spa bekam wanita mempunyai rawatan bekam darah menggunakan cawan bekam baru dengan harga Rm150 bagi cawan bekam bersaiz untuk badan ,

Anggaran cup bekam yang akan digunakan adalah sebanyak 10 cawan sehingga 15cawan

Gambaran di atas adalah cup bekam baru, dan alantan bekam.

Pelanggan hanya perlu sediakan kain batik untuk dipakai semasa sesi rawatan dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Azura 0189009493.

BEKAM WANITA

HARGA BEKAM WANITA
Home spa bekam wanita

Assalamualikum

Kepada Puan,Cik dan Pelanggan wanita

Bekam Wanita Ampang

Sejak Ogos 2023 khidmat bekam wanita beroperasi

Tempat Bekam wanita

Terdapat 2 pakej bekam darah, bekam di badan yang dibuat di sini.Sebarang pertanyaan boleh whatsapp ke 0189009493. Puan Azura

Perhidmatan urutan dan bekam Ampang

Whatsapp bekam wanita

No hp bekam wanita

Perhidmatan bekam wanita boleh whtsapp di no hp azura di 018 9009493

Perhidmatan Bekam wanita di Ampang .

.

Rawatan bekam wanita perlu menempah awal sebelum temujanji akan dtg.

Perlu atau tidak berbekam, pada bulan puasa

Pelanggan tanya boleh ke bekam bulan puasa ni, risau dia takut batal.

Bekam semasa bulan Puasa tidak membatalkan Puasa tetapi bagi saya

Adakah perlu berbekam di sianghari atau perlu berbekam di malam hari.

Biasanya saya akan bagitau berberapa perkara ni semasa membuat tempahan rawatan bekam.

1: Bekam awal pagi, terbaiknya pukul 9 atau 11 . Waktu ini badan masih bertenaga. Bagi mereka yang tiada masalah kesihatan

2 : Pernah pitam tak? Kes macam ni seeloknya lepas buka la bekamkan. Kemungkinan besar boleh pitam. Batal puasa nanti.

3 : Kenapa nak bekam? Andaikata perlukan bekam kita bekamkan, SYARATNYA badan tetap stabil selepas rawatan.

4. Kadar kesihatan badan, adakah mempunyai Penyakit kritial, Kencing manis,Tekanan darah tinggi. Ini bergantung pada kesihatan .

5) Jika pelanggan mempunyai hypo,mengeletar tidak disarankan berbekam pada bulan puasa waktu siang hari.

Saya pengamal rawatan mempunyai persijilan dan ada panduan untuk rawatan bekam . Perbincangan di peringkat awal sangat diperlukan bagi membantu proses penerimaan untuk melakukan rawatan bekam.

Nor Azura Idris 018 900 9493

Previous Older Entries

Tarikh sunnah berbekam 17/19/21 bulan islam

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031