Bekam rawatan jerawat

Assalamualikum. Selamat pagi
Rawatan bekam Harini bermula jam
10 pagi
2ptg
8mlm
.
Untuk bekam wajah puan / cim perlu menghantar gambar keadaan wajah untuk saya mengenalpasti keadaan wajah & rawatan yang sesuai.

Bekam wajah sememangnya elok untuk mereka yang mempunyai jerawat bernanah.
Bekam perlu dibuat dalam 3 kali rawatan bagi mendapatkan kesan yang betul2 kering .
Wajah selepas berbekam tidak dibenarkan memakai make up.
.
Pertanyaan lanjut boleh hubungi
Azura
0189009493

Advertisements

Bekam Wajah

kou.png

BEKAM

BEKAM WAJAH ATAU DIKENALI SEBAGAI BEKAM JERAWAT
BEKAM WAJAH Di buat di sekitar kulit muka bagi mengeluarkan darah, nanah, nasi . bekam wajah boleh membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat bernanah, jerawat pasir, jerawat batu, resdung. Selepas berbekam kesan jerawat akan mengecut, dan kering.
Bagi mereka yang mempunyai masalah yang kritikal dapatkan nasihat dokter sebelum berbekam. Bagi mereka yang mempunyai kulit terhakis , nipis tidak digalakkan berbekam. Kerana akan mengeringkan wajah anda.
Dapatkan infomasi rawatan bekam wajah di
azura spa and wellness
nor azura idris
0189009493

Bekam Wajah

18

ASSALAMUALIKUM

Hari ini saya nk ceritakan penglaman berbekam di sri pangkor 1 sentul

adik ni mengalami masalah jerawat bernanah ,bernasi baru berberapa minggu..Dokter memberitahu jerawat ini berpunca dari hormon..Dokter  memberikan ubat antibiotik ,dan sabun muka sebagai bekalan utk digunakan di rumah.

adik ini berusia 20tahun. jerawat mulanya yang tumbuh dimuka hanya sedikit kini menjadi parah bernanah dan sakit. Kulit semakin sensitif.

j1

2m3mini adalah pipi adik itu yang mempunyai jerawat yang teruk

zoom pipi sebelah kanan menunjukkan jerawat itu sudah mempunyai kotoran

2bDapat dilihat kulit adik ini mengalami masalah sensitif , sudah dapat kotoran dan mengalami  jangkitan dari dalam kulit.

Kaedah bekam di buat disetiap pipi adik ini bagi mengeluarkan darah kotor dan nanah.

q

Darah yang dikeluarkan air Bisa berwana Putih Cair dan Nanah.

Bekam di buat berberapa kali

33Selepas Berbekam kesan nanah dibuang kulit menjadi merah akibat dari tarikan akan berangsur pulih dari hari ke hari.

Muka dicuci menggunakan putik kapas bersama air suam supaya kotoran dibuang dan kulit menjadi bersih sebelum di sapu ubat dettol antiseptic cream

large_2_478075

Kesan luka disapu dengan dettol antiseptic cream supaya jangkitan dapat dielak dan luka tertutup dari habuk @ organisma kecil

Selesai berbekam

dari Terapi Bekam Azura 018-9009493 (012-2264478 whatsapp)

#bekamwajah

#bekamjerawat

#bekam Wajah

#bekam Jerawat

#bekam Kecantikan

#jerawat

#Jerawat Nanah

#bekam Wanita

#bekam kerumah

bekam muka

pic 1 set

Kelebihan Bekam Wajah

Khamis 12thari  jurubekam wanita shah alam dijemput untuk bersiaran secara langsung di Sri Pentas TV3 untuk rancangan Wanita Hari Ini slot Bekam Wajah,boleh dapatkan rawatan di Pusat Terapi Syifa Sect 7 Shah Alam.Sila KLIK untuk lihat video WHI TV3

6

  • Kebaikan berbekam
  • * Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • * Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • * Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • * Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • * Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • * Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
  • * Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • * Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
  • * Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Dikatakan Pn Faizah rawatan bekam wajah boleh menaikan seri muka, malah jerawat pada pipi mampu kecut dan hilang.Selain itu juga rawatan ini sesuai dibuat sekiranya ada penyakit Sihir, Alahan oleh kerana bekam ini salah 1 dari cara rawatan untuk membuang darah kotor pada wajah/badan kita.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)
2

1

 

 

BEKAM KECANTIKAN: BANTU WAJAH KUSAM KEMBALI BERSERI


MINGGUAN WANITA BIL: 1526 PP4404/07/2013(033272)
15 – 21 FEBRUARI 2013 / 04 – 10 RABIULAKHIR 1434 H
KELOLAAN: INTAN ROHAIZAT ZAKARIYA
FOTO: MOHD NASARUDIN TALKAH
LOKASI: PUSAT TERAPI SYIFA, 13B JALAN PLUMPUM Q7/Q, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR
BEKAM KECANTIKAN: Bantu Wajah Kusam Kembali Berseri
Stres, penat, pencemaran dan kesibukkan antara faktor menyebabkan wajah wanita menjadi kusam serta lesu.  Wajah sebegini sedikit sebanyak membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan kurang bersemangat.  Sudah semestinya, ia juga memberi gambaran imej yang tidak begitu baik kepada orang di sekeliling.  Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba bekam kecantikan.  Rawatan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan kesannya amat memuaskan.
Seorang jurubekam wanita di Pusat Terapi Syifa, Noor Faizah Ismail, 33, memberitahu rawatan bekam kecantikan dikatakan dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kulit wajah.  Antaranya jerawat, resdung dan wajah yang kusam.  Selain itu, rawatan ini dikatakan amat sesuai dilakukan buat bakal pengantin kerana ia dapat menaikkan seri dan membuatkan wajah lebih bersih menjelang hari bahagia.
“Rawatan ini boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke atas.  Pelanggan dinasihatkan berpuasa satu hingga dua jam sebelum melakukan rawatan.  Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor semaksimum yang boleh dan tubuh dapat fokus sepanjang rawatan.  Pengambilan makanan menyebabkan tubuh kita sibuk menghadam makanan dan mengganggu proses pengeluaran darah kotor.
Ada banyak faktor menyebabkan darah kotor, antaranya pengambilan makanan berlebihan, tabiat makanan tidak sihat seperti suka makanan berminyak, alahan kepada kekacang atau makanan laut, alahan kepada produk kecantikan, stres dan resdung.  Selain rawatan, kami juga memberi informasi agar pelanggan boleh elakkan amalan yang tidak sihat,” katanya.
Dalam temubual itu, Noor Faizah atau mesra dengan sapaan Nott menasihati pelanggan mendapatkan rawatan bekam pada hari cuti serperti hujung minggu atau cuti seperti hujung minggu atau cuti panjang.  Katanya, selepas berbekam kesan di bahagian muka pelanggan akan mengambil masa berbeza-beza untuk beransur pulih seperti sediakala.
“Ada yang pulih selepas tiga hingga lima hari, paling lama pun tujuh hari sahaja.  Setiap orang kesannya berbeza mengikut tahap serius masalah yang dihidapi.  Pelanggan juga dinasihatkan supaya tidak mengambil minuman yang berkafein dan mengurangkan pengambilan makanan laut, daging, ayam, belacan, makanan berminyak, bersantan serta bergoreng sekiranya mahu rawatan ini berkesan.”
Langkah demi langkah rawatan bekam wajah

Rawatan ini menggunakan kaedah bekam darah.  Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan.  Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.  Berikut adalah langkah demi langkah rawatan bekam kecantikan wajah.

  1. Wajah pelanggan akan disapukan dengan sedekit minyak zaitun supaya kulit menjadi lembut dan dapat mengelakkan rasa pedih ketika dibekam.
  2. Bahagian muka yang bermasalah akan diletakkan cup bekam yang telah disteril terlebih dahulu.  Cup akan di pam beberapa minit bagi merangsang darah kotor keluar ke permukaan kulit muka.
  3. Cup akan dibuka dan kulit muka dicucuk dengna pen bekam yang menggunakan jarum pakai buang.
  4. Kemudian, cup akan dipamkan semula untuk mengeluarkan darah kotor.  Proses pengeluaran darah kotor mengambil masa antara tiga hingga lima minit.  Rarah kotor yang keluar selalunya berwarna hitam, berlendir, bertali atau berbuih.
  5. Langkah 1 hingga 4 akan diulang sekali lagi bagi memastikan pengeluaran darah kotor yang maksimum.
Apa kata pelanggan (Wan Ashmaliana Wan Abdullah, 27)
…”Saya mengalami masalah kulit wajah berjerawat, selepas melakukan bekam kecantikan kulit beransur licin.  Wajah dan badan juga berasa lebih segar serta ringan.  Saya gembira dengan hasilnya dan akan terus melakukan rawatan bekam.”…
Tip
  • Pelanggan hanya boleh makan, mandi dan tidur selepas satu jam berbekam.  Ia bagi merehatkan sistem darah di bahagian badan dan mengelakkan kulit muka dariapda berasa pedih.
  • Pelanggan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan rawatan bekam.
  • Kelebihan bekam kecantikan
  • Menaikkan seri wajah
  • Mengatasi masalah wajah kusam
  • Menghilangkan kelesuan
  • Membantu mengatasi masalah jerawat
  • Membantu merawat masalah resdung
  • Dikatakan mampu membuatkan pelanggan lebih fokus kepada pelajaran, kerjaya mahupun rumahtangga.

 

Tarikh sunnah berbekam 17/19/21 bulan islam

December 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031