Bantu isteri elak depresi

​Sebenarnya tak susah sangat untuk elakkan depresi seorang surirumah yang 24 jam hadap dinding rumah yang bisu dan anak yang sering menangis.

Especially kalau kau orang yang dekat dengan mereka. Suami. Kakak. Adik. Abang. Jiran.

Cukup kau bagi dia masa bersendiri tak pegang anak, tak hadap sinki dapur yang belengas, rumah sepah, bagi dia masa untuk diri sendiri. 

Kengkadang kalau dia cakap dia nak keluar kejap cari itu ini, kau kena faham yang dia cari bukan barang sangat pun tapi dia sedang cari diri dia yang hilang tenggelam dalam rutin harian. 

Kau offer untuk jaga anak dia sekejap. Untuk 1-2 jam sahaja. Kau ingat dia boleh ke keluar lama-lama tak teringat anak di rumah? 
So untuk 1-2 jam itu biar dia puas meluang masa untuk diri sendiri, melayan diri sendiri tanpa dengar tangisan anak-anak.
Kemana dia pergi itu terpulang.mungkin dia ingin ke spa untuk bermanja,mungkin ingin dapatkan rawatan urutan,mungkin beliau nk ke gym bg sihatkan badan. Mungkin pg shoping membeli barangan sendiri.

Dengan cara tu dia bukan hanya ‘heal’ diri sendiri dia juga selamatkan anak-anak daripada hadap seorang ibu yang bertukar jadi naga hanya kerana perkara kecil seperti tertumpah air. 

Ini mungkin benda remeh bagi sesetengah orang, “Elehhh alaasan je tu, dah jadi mak kena la jaga anak nak buat macam mana?”  
Sebabkan manusia macam ni la sebanyak mana ibu-ibu yang letih lelah jiwa raga mereka yang mulanya sangkakan mereka ‘supermom’ boleh buat semua benda, akhirnya collapse. 
End up dapat sakit mental. Benda ni tak jadi sehari dua, mungkin makan tahun. Tapi jika si ibu dah mula tunjuk tanda, tolong jangan ignore. Offer her a helping hand.
“Dah teruk nau aku tengok ko ni Limah, dah g la rehat aku jaga anak-anak ko kejap. Kalau ko nak keluar pun takpe aku jagakan. Have your time ok.” Offer pada limah kadang membuat ia senyun lebar.
Lagi indah andainya suami yang offer
“Letih ye sayang? Meh abang jaga bebudak ni, sayang p rehat dalam bilik, biar je la dulu dapur and rumah sepah. Nanti abang settlekan.” Atau abg dh booking tukang urut , syg rehat betulkan urat dulu

Dia dah hadap 24jam apa salahnya untuk dia ignore untuk beberapa ketika dan biar orang lain handle. 
Sebagai ibu juga perlu tahu limit jangan nak jadi supermom sangat. Accept and embrace ourselves. Is ok rasa down seketika rasa nak bersendiri seketika. 
Kalau takde orang nak tolong jagakan anak-anak cari orang yang boleh dengar apa kita nak cakap tanpa judge kita.
At the end of the day, Allah is there for us let’s strengthen our inner self dengan DOA dan SOLAT. 
Semoga Allah bantu semua ibu-ibu yang struggle setiap hari untuk ikhlas. Moga mereka yang terdekat diberi hikmah untuk meringankan ibu-ibu, bantu elak depresi.

Urutan bekam wanita 018 9009493

Advertisements

Penyakit ketika meningkat usia

Assalamualikum..

Harini saya  nak ceritakan dua penyakit yang sering timbul ketika usia meningkat iaitu gout dan sakit sendi.

Gout terjadi daripada lebihan asid urik (karbon,nitrogen,oksigen, dan hidrogen yang berbentuk garam) daripada makanan yang tinggi dalam purin seperti daging merah, organ dalaman, makanan laut dan telur kuning. Apabila makanan yang di makan terlalu berlebihan badan kita akan memecahkan purin kepada asid urik sebelum disalurkan ke bahagian buah pinggang,apabila kadar asid urik terlalu tinggi dalam darah (hyperuricemia) , kristal yang tajam akan terbentuk di antara sendi-sendi terutama sendi di kaki yang akan mengakibatkan terjadinya gout.

Sakit sendi ketika meningkat usia disebabkan oleh faktor apabila tulang rawan telah haus disebabkan faktor usia menyebabkan tulang tulang bergeseran sesama sendiri, keadaan ini mengakibatkan rasa sengal2 pada tulang,bengkak, dan ketidakselesaan.Pergerakkan harian akan terbatas, adakalanya sakit sendi ini sehinggakan tidak boleh solat dalam keadaan berdiri, perlukan bantuan kerusi semasa solat,Malah sakit sendi ini juga disebabkan berat badan berlebihan.

Jadi saranan saya untuk kehidupan yang sihat, senaman sebagai tabiat harian, atau berkebun dapat membantu mensihatkan badan, bagi mengelakkan obesiti dan berikan badan kita berpeluh.. Makan makanan yang sihatkan system penhadaman dan tubuh badan, lebihkan meminum air putih.

Untuk kesihatan tradisi dianjurkan berurut bagi melancarkan dan menyedapkan system aliran darah dan saraf.

Nor Azura Idris

azura spa and wellness

0189009493

Tarikh sunnah berbekam 17/19/21 bulan islam

September 2019
M T W T F S S
« May    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30